Friday, January 23, 2009

. : : karektor mengikut unsur alam : : .



*** WANITA TANAH ***


Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak;


Taurus (21 April-20Mei),


Virgo (24Ogos-23 September) dan

Capricon (22 Disember-20 Januari).




*Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.

*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan
material.

*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati hati

menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.

*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air

muka semulajadi yang pendiam dan tenang.

*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering

terbawa bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.

*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang

kekasih yang setia dan berwibawa.




*** WANITA API ***



Wanita api dilahirkan di bawah lambang;

Aries (21 Mac-20 April),


Leo (24 Julai-23 Ogos) dan


Sagittarius (23 November-21 Disember).




*Dilahirkan sebagai pemimpin

*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain

walaupun ianya benar.

*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan

tidak pemalu.

*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi
sifat sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.

*Suka berte€rus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi

merasa sedih dan terhiris.

*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus

diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus
berkesan.

*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.





*** WANITA ANGIN ***



Mereka ini lahir di bawah lambang;

Gemini (22 Mei-21 Jun),


Libra (24 September-23 Oktober) dan


Aquarius (21 Januari-19 Februari).




*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap
aspek kehidupan.

*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka

segalanya boleh dicapai.

*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi

untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh sungguh.

*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai

keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.

*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk

berkonfrantasi.

*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam
hati mereka.

*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.





*** WANITA AIR ***




Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak;

Cancer (22 Jun-23 Julai)


Scorpio (24 Oktober-22 November) dan


Pisces (20 Februari-20 Mac).




*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.

*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati,

berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan
berhati hati.

*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang orang yang berada disekeliling

dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.

*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.